Print

Koperasi Ikatan Kerjasama Manjung Berhad

Written by Super User on . Posted in Fasiliti

Pada 24 Mac 1983, Koperasi Institut Kemahiran MARA Lumut telah ditubuhkan dengan matlamat untuk membangunkan gerakan koperasi di kalangan pelatih dan kakitangan agensi tersebut. Diketuai oleh Pengerusi dan sebelas lagi ahli Lembaga, pihak Koperasi telah berjaya menceburi bidang- bidang perniagaan seperti pengurusan dewan makan, kedai runcit dan penyewaan premis sebagai sumber ekonominya. Keahlian dibuka hanya kepada pelatih dan kakitangan Institut Kemahiran MARA Lumut. Pengkhususan kepada aktiviti perkhidmatan telah menjadi teras utama perniagaan koperasi.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

 

  • Dewan Makan - Makanan disediakan untuk tiga menu pada harga RM 3.65 sehari bagi setiap pelatih
  • Dobi - bayaran bulanan hanya RM 4.00 bagi setiap pelatih
  • Kad matriks - kad matriks bermutu tinggi lengkap dengan bar code
  • Cyber Café - sebanyak 20 buah computer lengkap berhawa dingin berdekatan asrama
  • Kursus computer - disediakan di Cyber Café 
  • Jualan setem, kad telefon prabayar, faksimili, fotostat dan jualan tiket bas pada musim perayaan
  • Sewaan rumah kediaman - tiga buah rumah teres berjumlah hampir RM 50,000.00 sebuah untuk disewakan kepada IKM Lumut. (Pembelian menggunakan TMP JPK)
  • Tele siswa (Call Point TM)
  • Kemudahan pendahuluan pembelian pakaian ko korikulum
  • Mesin 'Energy Water' dan penyediaan 'water cooler' di asrama.